Friday, August 7, 2009

Akhirnya....................

Oleh rmf

Alhamdullilah segalanya telah berakhir, kini dikhabarkan bahawa PaK Cik Hamid serta beberapa orang yang tiada mempunyai rumah kediaman telah pun mendapat perhatian daripada Pejabat Daerah,Baitulmall, Felcra dan peruntukan akan disalurkan kepada Pejabat Daerah untuk tujuan tersebut.

Pagi tadi, saya diberitahu oleh salah seorang daripada mereka bahawa proses untuk mencari tapak sedang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan difahamkan bahawa mereka ini akan ditempatkan di beberapa kawasan PPRT seperti di PPRT Rimba Raja, PPRT Titi Gantung dan yang mendapat perhatian daripada Baitulmal akan mencari tapak sendiri.

Walaupun didalam keadaan sekarang struktur masyarakat kita kini kian menguncup akibat daripada keselesan serta kemudahan yang dimiliki oleh mereka- sebagai langkah untuk mengembangkan lagi struktur tersebut semua badan badan NGO yang tidak terlibat dengan mana mana pihak seharusnya mengembeling tenaga bersama untuk mengenal pasti masalah terpinggir dan mengambil inisiatif untuk mengetengahkannya agar diberikan perhatian yang sewajar supaya kita akan begerak bersama didalam kehidupan yang semakin mencabar.

Baca selanjutnya......

Sunday, July 12, 2009

Penutup / Penghargaan

Oleh rmf


Dengan lafaz kesyukuran dan amat berbesar hati bagi pihak Persatuan Kedaikom mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program kemasyarakatan ini dengan jayanya.

Keprihatinan semua pihak didalam menangani masalah sosial dan fizikal setempat seharusnya dapat diteruskan dan digembeling oleh semua pihak agar kita dapat memberikan kesedaran dan tanggungjawab sosial yang perlu ada didalam diri masing masing dan perlu disemai dihati setiap penduduk.

Kerjasama dan tolenransi ini jika disemai, akan menghasilkan sebuah masyarakat yang penyayang dan tidak mementingkan diri sendiri didalam menjalani kehidupan seharian. Keperihatinan terhadap persekitaran sekeliling akan menjadikan kita lebih bersatu.


Sekian. Terima kasih


Redzuan bin Mohamed Junid
Kedaikom Kampung Tua

Baca selanjutnya......

Keratan Akhbar 2 / Budget

oleh rmf

Setiap projek yang berjalan seharusnya mempunyai carta aliran tunai dan perbelanjaan untuk memastikan aliran tersebut dapat diketahui punca sebenarnya. Oleh yang demikian walaupun projek ini dijalankan dan mendapat sumbangan didalam bentuk barangan, akan tetapi ianya telah dinilai mengikut nilai matawang. Dibawah ini disertakan aliran tunai bagi projek ini.

Keratan Akhbar Sinar 11hb Julai 2009- Penyerahan bantuan.



Berita penyerahan bantuan didalam akhbar sinar. Bagi pihak Persatuan Kedaikom Negeri Perak dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program kemanusiaan ini .

Budget Pendapatan dan Perbelanjaan.

Baca selanjutnya......

Majlis Penyerahan Bantuan

Oleh rmf

Upacara penyerahan bantuan telah dilakukan oleh wakil daripada Dato Nasaruddin Bin Hashim (Penasihat Persatuan Kedaikom Negeri Perak) bersama dengan Penghulu Mukim Lambor dan disaksikan oleh Ketua Kampung Padang Marhum, wakil dari akhbar Sinar Harian serta beberapa pertubuhan NGO dari Bota Kanan serta beberapa orang masuarakat kampung yang berhampiran













Upacara penyerahan telah dilakukan oleh Wakil ADUN Bota dan majlis ini disaksikan olr Penghulu Mukim Lambor pada 9hb Julai 2009 jam 10.00 pagi. Majlis telah berjalan dengan susana penuh harmoni. turut hadir didalam upacara penyerahan bantuan ini ialah :

  1. Wakil dari Ahkbar Sinar
  2. Wakil ADUN Bota
  3. Penghulu Mukim Lambor
  4. Wakil penduduk Kampung Tua, Batu 16.
  5. Wakil wakil dari badan badan kebajikan (NGO) Kawasan Bota
  6. Presiden Persatuan Kedaikom Negeri Perak
  7. Tim. Presiden Kedaikom Negeri Perak
  8. Ketua Kampung Padang Marhum
  9. Wakil Kelab Sukan & Kebajikan Mukim Lambor
  10. Wakil Perkampungan PPRT Rimba Raja
  11. Wakil penduduk kg. Changkat Melintang
  12. Penduduk Kampung berhampiran.

Pihak Persatuan Kedaikom Negeri Perak dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang begitu perihatin untuk membantu dan menyalurkan bantuan kepada asnaf yang daif ini. Moga dimasa akan datang diharapkan kita agar dapat bersama untuk membantu asnaf-asnaf yang memerlukan bantuan kita semua.

Baca selanjutnya......

Hantaran Bantuan Ke dua

oleh rmf

Hantaran kedua- Bekalan makanan






Hantaran bekalan kedua, yang boleh menampung keperluan selam 3 bulan telah disalurkan pada 9hb Julai 2009. Seramai 3 orang sukarelawan daripada Kampung Tua, Batu 16 dan Kampung Lambor Kanan telah meyumbang tenaga untuk menjayakan program ini.

Pada hari ini juga , bantuan ini akan diserahkan kepada Ketua Kampung Padang Marhum dan di sampaikan terus kepada keluarga ini oleh Dato Nasaruddin bin Hashim penasihat Kedaikom Negeri Perak. Oleh kerana sesuatu sbb tidak dapat dielakkan maka beliau telah menghantar seorang wakil bagi pihak beliau untuk program penyerahan ini.

Baca selanjutnya......

Saturday, July 11, 2009

Mengumpulkan Bantuan Makanan

Oleh rmf

Proses pengumpulan bekalan makanan telah dijalankan selama 4 hari siang dan malam tanpa henti, sukarelawan daripada pemuda Kampung Telok Bakong telah turut membantu. Mereka datang dengan menawarkan diri untuk turut serta didalam program kemanusiaan. Pihak Persatuan Kedaikom Negeri Perak dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih.



Baca selanjutnya......

Penyampaian Bantuan Pertama

oleh rmf

Bantuan pertama telah dihulurkan oleh Penasihat Kehormat Persatuan Kedaikom Negeri Perak iaitu Dato Nasaruddin Bin Hashim bagi meringan kan beban keluargan ini, bantuan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Padang Marhum, sebelum tindakan selanjutnya diambil. Penyerahan bantuan ini telah disaksikan oleh En. Nikman selaku bakal Ketua Kampung Padang Marhum, En. Ismail daripada perkampungan PPRT Kampung Rimba Raja ,Lambor Kanan dan beberapa orang penduduk yang berdekatan.




Pada hari yang sama juga, Ketua Kampung telah berbincang dengan En.Hamid untuk mendapatkan persetujuan memindahkan beliau sekeluarga ke Perumahan PPRT Rimba Raja untuk menjamin keselesaan dan hidup dengan lebih selesa lagi. Persetujuan telah dicapai dan Ketua Kampung telah memaklumkan secara terus kepada ADUN Bota, Dato Nasaruddin bin Hashim mengenai perkara tersebut.


Baca selanjutnya......

Keratan Akhbar 1- Akhbar Sinar

oleh rmf

Klik disini atau gambar untuk paparan jelas


Didalam keratan ini menceritakan kisah En. Hamid dan keluarga yang daif dan memerlukan bantuan.


Baca selanjutnya......

Gambar Seribu Makna

Oleh rmf

Pada 28 Jun 2009, saya telah pergi ke rumah keluarga ini , untuk mendapatkan beberapa maklumat secara jelas dan ingin melihat keadaan mereka sebagaimana yang telah dipaparkan didalam Akhbar Sinar. Apa yang didapati ialah beliau merupakan seorang ketua keluarga yang tidak berupaya untuk mencari rezeki untuk ahli tanggungannya disebabkan sakit yang dialami dan berusia.
Beliau ialah En. Abdul Hamid bin Kulup natin berusia 65 tahun menghidap penyakit gout yang membataskan beliau untuk bergerak untuk sesuap nasi. Keaadan ini telah lama berlarutan tanpa perhatian yang sewajarnya daripada masyarakat sekeliling.


Dengan berlindung dibawah sebuah rumah kecil yang berukuran 20 kaki x 22kaki beliau meneruskan kehidupan denagan apa cara sekali pun. Semasa kedatangan kami disini, beliau dan keluarganya telah tidak menjamah nasi selama 3 hari, Kelapa muda dan isinya dijadikan makanan untuk mengalas perut yang semakin bergelora minta di isikan. Bantuan segera dihulurkan juga pada hari tersebut untuk meredakan kelaparan keluarga ini. Amat meyedihkan........

Dipaparkan gambar Lawatan Pertama ke rumah keluarga En. Hamid bin Kulup Natin








Begini lah keadaan rumah keluarga En. Hamid bin Kulup Natin yang serba kekurangan
  1. Tiada bekalan letrik
  2. Tiada bekalan air
  3. Tiada sistem perkumbahan


Baca selanjutnya......