Wednesday, July 8, 2009

Kajian Golongan Sasaran

oleh rmf

Disini lah bermulanya, Setelah beberapa tindakan dikaji dan dibincangkan maka projek komuniti ini seharusnya dijalankan dengan kadar segera untuk membantu golongan asnaf ini yang amat memerlukan perhatian dan sumbangan. Sebagai menjalankan tanggungjawab sosial Persatuan Kedaikom Negeri Perak dan Kedaikom Kampung tua telah mensasarkan bahawa ini lah golongan asnaf yang tepat untuk menerima perhatian dan bantuan yang bakal di sumbangkan..

Sasaran

Golongan ini termasuk didalam beberapa kategori yang amat memerlukan perhatian. diantaranya ialah:-
  1. Golongan Tua
  2. Golongan sebatang kara
  3. Ibu tunggal yang daif dan miskin
  4. Keluarga miskin dan tanggungan
  5. Anak anak yatim

Selain daripada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan, tanggungjawab masyarakat perlu ditingkatkan untuk memastikan mereka mereka ini mendapat, merasai nikmat kehidupan yang sebenarnya.

Apabila berita ini dikeluarkan didalam Sinar Harian bertarikh 27 Jun 09. Walaupun sebelum ini ada dikalangan penduduk yang telah bercerita tentang kemiskinan yang terlepas pandang oleh pihak pentadbiran kampung

Cerita -cerita ini hanya berkisarkan kepada kesukaran untuk berjuang kepada kehidupan, akan tetapi masih tidak terlintas memikirkan sehingga tidak dapat menyediakan sesuap nasi untuk dimakan.

Dengan bantuan seorang penduduk kampung tinjauan telah dibuat dan mendapati keluarga ini merupakan seorang asnaf yang daif yang mana tidak sepatutnya nya berlaku didalam abad 21 ini.

Tidakan segera perlu dilakukan agar keluarga ini mendapat pembelaan yang setimpal dan mendapat perhatian daripada masyarakat. Tugas komuniti seharusnya diketegahkan melalui badan badan NGO agar masyarakat mengetahui bahawa dengan wujudnya sebuah persatuan bukan hanya bermatlamatkan kolompok tertentu sahaja , akan tetapi lebih daripada itu.
Tindakan atau kronologi tindakan yang telah diambil pada kadar segera ialah:
  1. Membincangkan isu ini kepada beberapa golongan termasuk Belia, dewasa dan juga memikirkan tindakan yang seharusnya diambil.
  2. Menubuhkan satu ahli jawatankuasa bertindak dikalangan masyarakat kampung
  3. Mempengurusi perbincangan tindakan dengan ketua Kampung kampung tersebut
  4. Mengadakan kutipan kemanusiaan segera
  5. Menghantar bekalan pertama
  6. Menghubungi Ahli Politik untuk mendapat sokongan
  7. Membuat hebahan melalui Internet - IRCommunities dan email
  8. Membuat siasatan mengenai bantuan yang diterima
  9. Membuat perbincangan dengan ketua keluarga - untuk proses perpindahan ke PPRT
  10. Peruntukan segera dululuskan oleh Dato Nasaruddin bin Hashim - Pembinaan rumah PPRT
  11. Mengadakan perbincangan dengan Penghulu Mukim -Proses perpindahan / tapak rumah
  12. Membuat checklist bekalan makanan perlu
  13. Mengumpulkan bekalan makanan
  14. Mengadakan perjumpaan dengan badan badan kerajaan
  15. Menghubungi Kementerian-kementerian yang terlibat ; Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Pej.Menteri Besar Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah.
  16. Membuat siasatan didakam e-kasih, Skim bantuan PPRT
  17. Menghubungi Akhbar Sinar
  18. Agihan bekalan - Bantuan kedua bernilai hampir RM1,000 ringgit termasuk tunai
  19. Penyerahan bantuan bekalan makanan oleh Penasihat Persatuan Kedaikom Negeri Perak- Dato Nasaruddin bin Hashim.

No comments:

Post a Comment