Wednesday, July 8, 2009

Pendahuluan dan Objektif

Oleh rmf

Kehidupan, keselesaan itu merupakan satu impian bagi setiap manusia didalam muka bumi ini, sejauh mana impian tersebut maka inya seharus direalisasikan dalam bentuk usaha yang gigih untuk mencapainya. Akan tetapi suratan dan takdir yang ditentukan oleh Allah bagi setiap makhluknya seharusnya diterima dengan hati yang redha dan tabah untuk sesiapa juga mengharunginya.

Kesabaran dah ketabahan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah dengan kurniaan rahmatNya keatas kita.Sejauh manakah kesabaran ini dapat dipertahankan dengan corak kehidupan yang tidak boleh dikatakan sebuah kehidupan. Pahit jerih, tangis tawa dan air mata selalunya mengiringi kelompok ini untuk meneruskan kehidupan. Apakah tanggungan ini seharusnya di bebani dibahu mereka yang sudah tentu dan semestinya menanggung kesengsaraan kehidupan yang amat jerih.

Tanggungjawab komuniti terhadap permasalahan ini seharusnya disambut dengan hati yang terbuka, ikhlas dan amanah untuk membantu asnaf yang tersisih dan terlepas pandang dimata masyarakat. Komuniti yang bertanggungjawab akan merelakan diri mereka dihambakan untuk komuniti dengan memberikan pelbagai idea dan usaha untuk mencorak dan mengubah corak kehiduipan yang jerih kepada keselesaan yang diinginkan.

Disini, saya paparkan sebuah kehidupan didalam program titian kasih yang telah dijalankan oleh Kedaikom Kampung Tua melalui Persatuan Kedaikom Negeri Perak untuk kita berfikir dan bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang telah dilambakkan oleh Allah kepada kita semua.

Objektif
Program ini dilancarkan adah bertujuan untuk:
  1. Sebagai sebuah badan NGO yang bertanggungjawab terhadap komuniti
  2. Memberikan kesedaran terhadap masyarakat tentang tanggung jawab sosial
  3. Melahirkan sebuah masyarakat penyayang
  4. Memperkemaskan fungsi sebuah pertubuhan NGO terhadap masyarakat
  5. Membina, membentuk masyarakat agar mempunyai tanggungjawab sosial.
  6. Mengembangkan struktur masyarakat yang kian menguncup.
  7. Memegang konsep "Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing"

No comments:

Post a Comment