Saturday, July 11, 2009

Kronologi Perlaksanaan

Oleh rmf

Sebagai langkah pertama yang perlu difikirkan bagaimanakah struktur perjalanan operasi untuk memastikan setiap tindakan yang akan diambil berjalan lancar tanpa sekatan daripada kesalahan teknikal atau komunikasi dengan masyarakat. Oleh yang demikian saya telah mengariskan beberapa cara untuk mendapatkan maklumat subjek yang telah dikenalpasti agar tidak akan berlaku kepincangan didalam urusan. Diantara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:
  1. Membincangkan Isu ini kepada beberapa golongan dan memikirkan tindakan yang seharusnya diambil.
  2. Menubuhkan satu Jawatankuasa bertindak dikalangan masyarakat kampung
  3. Perbincangan dengan ketua Kampung
  4. Melancarkan kutipan bantuan segera
  5. Menghantar bekalan pertama
  6. Menghubungi Ahli Politik ADUN dan Parlimen untuk sokongan tindakan
  7. Membuat hebahan melalui Internet, email untuk bantuan ( IRRCommunities )
  8. Membuat siasatan dan kajian bantuan
  9. Perbincangan dengan Ketua Kampung untuk proses perpindahan ke PPRT
  10. Peruntukan segera akan diluluskan oleh ADUN untuk pembinaan rumah- masalah tapak
  11. Mengadakan perbincangan dengan Penghulu Mukim untuk proses penempatan ke PPRT oleh ketua kampung Padang Marhum
  12. Membuat checklist bekalan makanan perlu
  13. Mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Pusat pemilihan e kasih
  14. Menghubungi Kementerian yang terlibat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Menteri Besar Perak,
  15. Memerima pangilan daripada Dato Zaim Ketua UMNO Bahagian Parit - membincangkan isu tersebut dan tindakan susulan
  16. Menghubungi Akhbar Sinar untuk liputan
  17. Agihan bekalan dan membuat list barangan bantuan- bernilai hampir RM1,000 termasuk tunai sebanyak RM300.00 dimasukkan kedalam akaun.
  18. Penyerahan bantuan bekalan makanan oleh Adun Bota- Dato Nasuddin bin Hashim ( Penasihat Kedaikom Negeri Perak )melalui Wakil
  19. Liputan Penyerahan pada 9hb Julai 2009 - oleh Wakil DUN Bota dan Penghulu Mukim. bagi pihak Persatuan Kedaikom Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment